About Me

My photo
sekarang... sy seorang student from UTeM... hihi.. bangga dgn utem..."utem ku cemerlang.. utem ku gemilang.. utem ku terbilang..." lagu UTeM.. hahaha

Baloon :)

Baloon :)

my love

my love

Saturday, March 1, 2014

Salam Dari Tanah Haram Madinah :)

“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”

Assalamualakum semua... Tgok tajuk dulu... hehe.. btw,cik ct baru pulang dari menunaikan umrah.. N update hari semestinya mengenai pengalaman2 cik ct sepanjang berada kat sana.. huhu.. Apa yg cik ct boleh buat conclusion sepanjang kat sana,BEST!! Tenang.. X pernah rase setenang itu... N bnyak la keajaiban @ termaqbulnya doa kat sana.. Semestinya dah nama pon tanah haram kan :)

6hb Feb : Cik ct n parent bertolak jam 11 pg untuk ke PIA(Penang International Airport). Kami jemaah2 yang dari kawasan sungai petani semua berkumpul dekat dengan tol untuk tggu bas untu bertolak bersama yg lain. Kami tiba di PIA tu dalam jam 2 petang n terus g timbang barang. Proses semua tu smpai jam 5 n kitorg tggu untuk naik kapal terbang Malaysia Airlines jam 5.45 petang. 


ok ni passport kitorg skali ngan 3 boarding pass. kitorg transit kat abu dhabi n terus ke jeddah :)

Ni gambar cik ct ambik masa naik dari PIA nak ke KLIA.. SubhanAllah.. Seriusly cantik sgt :)

Sampai je kitorg kat KLIA,kitorg terus naik kereta api laju dalam tu untuk naik Kapal terbang ETIHAD. 1st time naik kapal terbang org Abu Dhabi yg handle.. Berbeza sgt... Terbang x terasa sangat. 10 jam berjalan kami ke Abu Dhabi dan 2 jam setengah ke Jeddah Arab Saudi :)

Kitorg smpai kat Arab Saudi jam 4.30 pg waktu Arab Saudi bersamaan dengan 9.30 waktu Malaysia.. Nak cop imegresen tu smpai jam 10 baru siap. Bertapa ramainya seluruh pelusuk dunia yg datang untuk menunaikan umrah. Habis je semua org cop2 terus ambik beg n naik bas untu ke Madinah. Sepanjang perjalanan,mmg padang pasir je kita nampak. Gunung ganang yg tnpa pokok. 



Ni la sedikit gambar yg cik ct mampu tunjuk sepanjang perjalanan kitorg.. 7 jam perjalanan baru smpai dekat Madinah.1st masuk Tanah Haram rase berdebar2. X sabar rasanya nak g tgok Masjid Nabawi depan2 mata. N Alhamdullilah kitorg punya hotel betul2 depan dengan Masjib Nabawi. :)



Ok. Nampk x? Suasana manusia2. Ni gambar cik ct ambik betul2 berhadapan dengan hotel. N see, itu masjid Nabawi... Terlampau ramai umat islam yg dtg untuk solat.. Waktu ni baru habis Solat Asar n kitorg baru smpai di Madinah.


Waktu ni jam 3 pagi waktu arab saudi. Kitorg excited nak g solat awal2 nak tgok cantiknya Masjid Nabawi pagi2. N ternyata tersangatlah cntik :)


My Mom :)


Ni sebab teruja sgt semua nak ambik. Syiling Masjid Nabawi. SubhanAllah. Cantik 







Cantiknya Masjid Nabawi ni x terkata. N x dibenarkan bawak kamera. Tp cik ct bawak jgak.. nyorok2.. hehe. Nak ambik jgak gmabar2 kat sini. Ok.. Gmbar kat bawah ni adalah Raudhah. Tempat dimana tersimpan makan Nabi Muhammad s.a.w n Saidina Abu Bakar n Saidina Umar. Kitorg menanti giliran untuk masuk n berdoa dalam tu. 




Ini la tempat dimana doa seseorg itu mustajab. Ape yg ustaz cik ct ceritakan seminggu sebelum itu ade sedikit pergaduhan antara ibu dan anaknya disini. Di luar raudah. Di mana,anak nya mahu masuk ke raudhah tanpa menunggu ibunya. Ibunya menahannya n dia menolak ibu lalu terjatuh si ibu. Lalu dia masuk ke dlam raudhah untuk berdoa. Kuasa Allah,keluar sahaja si anak dari raudhah,si anak menjadi gila. Ambik pengajaran ye dari ape yg jadi. Jauhkanlah kita dari menjadi anak derhaka 


Ok ni hari2 terakhir kitorg dekat Madinah.. Cuaca tersangat lah sejuk smpai mengigil x tahan.. Cantik kan suasana kat sini. Datang la waktu kita muda ni. Jejakkanlah kaki kita ke sini. :) Kitorg dekat madinah 4 hari shj and then terus berangkat ke Mekah pada pagi Isnin.


Ni masjid Quba'. Masjid dimana sekiranya kita menunaikan solat di sini pahalanya seperti 1 kali umrah


Ni mak n abah dekat dengan kawsan masjid Quba :)


Ni dekat ladang kurma :)


Ini lah Jabal Uhud.


Kitorg bertiga.. Satu2 nya gambar yg kitorg bertiga :)




Ok ini je la yg dpat cerita sepanjang kat Madinah. Nanti sambungan kitorg di Mekah pulak.. Assalamualaikum :) 



0 comments: