About Me

My photo
sekarang... sy seorang student from UTeM... hihi.. bangga dgn utem..."utem ku cemerlang.. utem ku gemilang.. utem ku terbilang..." lagu UTeM.. hahaha

Baloon :)

Baloon :)

my love

my love

Monday, December 31, 2012

"Azam" Baru

Asslamualaikum all's.... People always talk about azam baru kan... sbb esok dah msuk 2013... Cik ct nak kongsikan sikit nasihat2 dri dr Fazilah Kamsah dr kebanggaan ct ni... myb boleh kita suma jdikan panduan hidup untuk masuk tahun baru... Let check out!


"As salamu'laikum shbt yg mulia. Selamat menyambut tahun baru 2013. Moga Allah limpahi rahmat kpd kita semua. Utk gerakkan azam tahun baru agar berjaya di capai: 

1. Doa sungguh2,
 2.Murnikan hati agar tarik hidayah Allah, 
3. Fikir secara +ve sbb fikir itu doa,
 4.Lakukan setiap tindakan dgn terbaik, 
5.Jaga ibadah dgn sempurna, 
6, Cari kwn yg dpt bantu u capai azam, 
7.Penampilan yg anggun,
 8.Cari guru atau mentor yg dpt bimbing, 
9.Bentuk budaya diri yg cemerlang,
10.Berterusan cari ilmu,
 11.Nilai & ubahsuai azam jika perlu, 
12. Seimbangkan hidup-- rtangga, tempat kerja/ sekolah & masy, 
13 Lakukan dgn istiqamah selama 40 hari utk jadi tabiat,
 14.Redha & syukur atas setiap pencapaian. 

Moga berjaya, wassalam."

Semoga suma dpat mendalami ape yang dinasihatkan oleh Dr.Fazilah Kamsah nie... no 14 sgt ssuai untuk student yang mcm cik ct ni.... ok best of luck for final exam keyh.... Jumpa lagi... papai :)

Sunday, December 30, 2012

Assalamualaikum all's.... huhu... juz wanna share sumting dri Ibn Affan r.a.... Jom sme2 hayati.. mendalam maksd nyer... :)



‎7 Kata-Kata Usman Ibn Affan r.a

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

-Usman Ibn Affan r.a.-

Friday, December 28, 2012

It's Friday :)

Assalamualaikum all's... It's Friday... Have u read Al-Khafi?? :)


cik ct harap suma dah baca... Aminnn... Alhamdullillah... Ni jumaat yang terakhir untuk tahun 2012...
Semoga kita jupe hari jumaat akan dtg... InsyaAllah... 

Papai.... Assalamualaikum :)

Thursday, December 27, 2012

AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI



1. solat awal waktu
2. jangan buat mak ayah marah
3. rajin bersedekah walaupun 10 sen
4. rajin tolong orang
5. rajin buang sampah atau halangan daripada jalan raya (orang lalu lalang)
6. baca surah al-waqiah
7. selawat 1000 kali sehari
8. suka menyampaikan ilmu walaupun sedikit
9. tidak mengungkit-ungkit pemberian
10. niat cari rezeki kerana Allah
11. selalu berpuasa sunat
12. beristigfar 100 kali setiap hari

itu antara amalan-amalan yang boleh kita buat untuk murah rezeki. tak dapat buat semua, buat yang mana mampu. sedikit demi sedikit kita tingkatkan amalan. :) 

‎6 perkara Allah sembunyikan~~

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...

Thursday, December 20, 2012

Penciptaku....

"The only One who knows you and your problems more than your is Allah..."

Assalamualaikum all's... hehe... Papai all's... -Final Exam dah dtg.... Doakan cik sahabat2 sekalian...
Aminnnnnn.. :)

Friday, December 14, 2012

Minggu-Minggu pon Berlalu~~~

“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”

Assalamualaikum Safar... Assalamualaikum sumer... Diingatkan bahawa ari ni adalah 1 Safar 1434... Hehe.. n klu diikutkan dalam bulan islam ni,birthday cik ct dah xlamer la.. 12 Safar... setia menunggu mu.. :)
Hurmmm... hari2 berlalu dgn cepat plak rase... tup2 dah nak final minggu depan.. hehe... Start with last week la....

Ok,Last week mmg cik ct xde rehat kat umah langsung... Apa boleh buat... keje bnyak,n diri ini harus menghadirkan diri ke library sebanyak mungkin... Sabtu Ahad plak join SAF... Sukan Antara Fakulti. Best la jgak... Dapat bnyak pengalaman drpd permainan ni... Jom tgok gmbar... Gmbar ni pon cik ct curi dri fb bdak sekian2... hahaha.... Tapi yang penting gmbar kitorg n ade cik ct dalam 2... kuang3.... 

ni la kumpulan kitorg... Yang bju hijau 2 pengurus kitorg.. hehe... Kuning gler gmbar nie..
ape boleh buat,Fakulti cik ct warna ni... huhu

Hari2 berlalu mmg cepat klu masa kita dipenuhi dgn kerja2... So,mcm mana nak uruskan masa ni? Ni mmg masalah suma student bila dekat final... Siap 1 project, tambah lg 3 projek... elok sgt la 2... sabar bnyak nie... Kepala pon dah naik pening dah pikir... Suma benda terkunci bila kerja bnyak sgt... smpai air dah habis pon xleh g isi2 lg.. Maner penting,KERJA dulu... Huh! Sabar... Sabar.... 

"I spend my days ignoring you and my night disobeying you.But still,you never forget me;not even for a second... Oh Allah,change me... " :( ...

Seriusly,cik ct mmg touching giler bce ayat ni... hurmmm.... Allah always ade ngan kita walau ape2 pon kita lalui... xpernah skali pon dia tinggalkan kita.. So,mengadu pada Allah... kenapa kita nak mengadu pada pengadu jgak? (I mean manusia).. Mengadulah pada Allah... Apabila kita ditimpa masalh,xperlu nak menangis selalu... Dekatkan diri kita pada tuhan yang 1.. Allah s.w.t... 

Suma student akan feel yang same mcm cik ct kan... Salah seorg lecturer ksygan cik ct ada bg nasihat... skrg bukan masa nak bercinta.. Klu nak bercinta pon,bercinta dgn stdy.... Gmbar atas ni mmg la... Betol la ape org kata bila msuk zaman universiti je dah xterpikir nak bercinta2 ni... Study dulu smpai habis master,then kahwin la.. bercinta lepas kahwin... Myb ade bagus... Lgpon,mmg Islam mengajar kita untuk bercinta lepas kahwin kan... ?? Hehehe... S0,now!! Let go..... I am in relationship with studies and its comlicated... hehe :)

Last word, semoga Allah mempertemukan  jodoh kita... Aminnn.... Papai :)

Sunday, December 9, 2012

sabda Nabi SAW kpd kita :)

Assalamualaikum all's... hehe... cik ct ade terbace 1 post ni dri kawan cik ct... ape kata klu kita kongsikan bersama untuk kita amalkan... InsyaAllah.... :)

Hati tersentap seketika pada sebuah sabda Nabi SAW yang begitu mendalam maksudnya. Ia telah direkodkan oleh At-Thabrani.

Ada tiga perkara yang membuat kita celaka.
1-Kedekut.
2-Tewas kepada nafsu.
3-Bangga dengan diri sendiri.

Ada tiga perkara yang membuat kita selamat.
1-Adil dalam setiap tindakan.
2-Berbudi pekerti mulia sesama manusia tidak kira siapa.
3-Takut kepada Allah saat terbuka (ada or
ang melihat) dan saat sunyi.

Ada tiga perkara yang dapat menghapus dosa.
1-Tunggu masuk waktu solat.
2-Berwuduk pada pagi hari yang sejuk. (bangun awal untuk beribadah)
3-Melangkah kaki untuk solat berjamaah.

Ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat.
1-Memberi makan kepada orang lain.( Bersedekah )
2-Memperbanyakkan salam. (Public Relation yang baik)
3-Mendirikan solat pada malam hari saat orang nyenyak tidur (qiamullail)

Friday, December 7, 2012

Minggu-minggu Tension :-/

“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”

Assalamualaikum all... dah lmer rase nyer cik ct x update blog nie.. hahha... dah berhabuk nie... huk! huk! kna kemas2 sikit nie.. hehhe... Emmm,biase la bdak universiti skrg la waktu2 bz kami.. xcukup tdo,sakit pon nak dtg time ni la.. hahha... Ape yang buat cik ct boleh update blog cik ct ni,sbbbbbbbb nyer.................................. PROJEK BESAR sem ni dah SIAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!! hahahha... punya happy la kan... rase nak menjerit.. projek ni personal... setiap org dalam fakulti kna buat... Alhamdullillah,Allah bnyak menghdirkan hamba2 nya yang lain untuk membantu cik ct yang serba kekurangan ni.... 

Wlaupon minggu ni still pack,tp beban blakang cik ct ni dah kurang... Rase lebih tenng untuk berlawan esok... Oppppsss! mesti korg xtau cik ct join SUKAN ANTARA FAKULTI (SAF) kan??? Heheheh... cik ct pon mcm x percaya sebenarnyer.... kuang... kuang.. kuang.... Wakil chess plak 2... *Macam teror je aku nie kan*.. Ape2 pon,cik ct try nasib.. wakil p la dri xda lgsung.. hehehe... 2 hari berturut2 benda ni... so mmg pack la sabtu ahd ni... Alhamdullillah.... Kita kena percaya yang setiap kali kita ditimpa masalah,Allah sentiase bersama kita.. Banyak bersabar, n berdoa k kwn2 sekalian... huhu

N last la..... cik ct nak berterima kasih2 sgt ngan bdak2 BITD yang bnyak membntu cik ct... haaaa... famous 2 boleh masuk blog cik ct ni.. hehe... Espcially u! hehehe... x boleh mention name... dia buat cik ct rase takut ngan dier.. sbb dia pernah marah.... takut!!! Tp dia jgak la yang bnyak membntu... Amin3! Sy doakan awak dirahmati Allah selalu k.. jgn tension2,gelak2 slalu k sbb awak comel bila senyum... *Ah,sudah... cik ct dah mula nak gatal*... Oppsss... That's All la for today... cik ct pon nak kejar bas nie... Nak balik rehat jap,mlm ni nak kuar ngan bdak kecik.... 

Assalamualaikum :)


Monday, November 26, 2012

Allah sygkan sy :)


“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”

Assalamualaikum sumer.... dalam kesempitan masa ni cik ct nak update jgak blog cik ct ni untuk luahkan sumer yang ada dalam hati nie... terulung kalinya cik ct umumkan sepanjang cik ct kat utem ni,ni la sem pling teruk cik ct rase... n rase nyer dah berliter2 air mata ni untuk sem ni jer... :( Sgt2 xsuka la...

for this sem,sumer student disuruh untuk buat Bengkel 1.. lebih kurang cm PSM la,tp Pra-PSM... hurmmm.. n hakikatnya sgt2 merana hidup cik ct bila program crash n sebagai nya.. awal perjalanan,sgtlah ok... smooth je kan... tp,dgn kuasa Allah.... mayb Allah suka menguji cik ct bg cik ct tau yang cik ct ni milikNya, program yang dah hampir hujung sem cik ct buat crash n rosak... bygkan la.... rase kehilangan program ni mcm rase kehilangan org yang tersayang ----->"meninggal dunia"... Lebih kurang cm 2 la gambaran nyer... bila teringat je ngis... mmg ngis je la mmpu... n antar la lappy 2 g format...

Dugaan demi dugaan bila program still lg xmmpu run skrg.. sdgkan sebelum crash dulu dah berjaya.. ape yang dah jadi sebenarnya ni.. Allah.. Allah... Ya Allah.... Sampai sini je la... cik ct xmmpu nak ungkapkan... 





ni la antara2 error yang berlaku... 

Sunday, November 25, 2012

Pengajaran


Assalamualaikum all... cik ct ade benda nak kongsikan sikit dgn korg sumer... tentang 1 cerita ni yang boleh bg kita pengajaran.. huhu.. "::Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through ::".. Jom layan... Zzzzzz..

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? Kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"


Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" Saya minta maaf, saya berada di luar hospital & saya datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik tu sekarang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

Si doktor tersenyum lagi & berkata :

" Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..Doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"Memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"Alhamdulillah... anak anda selamat..!" Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"Kenapa doktor tu sombong sangat..?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?! komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "Anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya. Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, Dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Lalu menyesallah si ayah dengan kelakuannya terhadap doktor yang dianggapnya tidak bertanggungjawab dan sombong......

Saturday, November 3, 2012

7 Dangerous acts after a meal..


Assalamualaikum all.. ada sedikit perkongsian dkt sni... sma2 amalkan.. InsyaAllah :)

1.Don't smoke-Experiments from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes(chances of cancer is higher)

2.Don't eat fruits immediately Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air.Threfore take fruits 1-2 hours after meal or 1 hour before meal


3.Don't drink tea-Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the protein content in the food we consume to be hundred thus difficult to digest.

4.Don't loosen your belt-Loosening the belt after meal will easily cause the intestine to be twisted and blocked

5.Don't bath-Bathing after meal will cause the increase of blood flow to the hands,legs and body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease,this will weaken the digestive system in our stomach

6.Don't walk about People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99.In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.

7.Don't sleep immediately The food we intake will not be to digest properly.Thus will lead to gastric and infection in our intestine.

source: indian clinical knowledge

Ubat Hati


“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”

Assalamualaikum sumer... dah lamer cik ct xberceloteh kan.. hehe.. emm,bz sikit dgn exam n assignment.. biase la hidup sbgai student mmg cm nie kan.. terima je la... ok,today cik ct ade share 1 petikan dri Ust. Saidi ustaz cik ct mase matrik.. n ayat dia agak tersentuh jgak.. Jom kita bce smer2 k.. 


Kata-kata Imam al-Ghazali.
- Sekiranya kamu berjumpa dgn orang lebih tua maka kamu hendaklah berkata bahawa dia lebih baik kerana lebih lama hidup dan lebih banyak kebaikan drp kamu.

- Sekiranya kamu berjumpa dgn orang yg lebih muda maka hendaklah kamu berkata bahawa dia lebih baik drp kamu kerana kamu lebih banyak melakukan maksiat berbandingnya.


- Sekiranya kamu berjumpa dgn orang jahil maka kamu hendaklah berkata bahawa dia lebih baik drp kamu kerana dia melakukan maksiat sedangkan ia tidak tahu tetapi kamu melakukan maksiat tapi kamu orang berilmu.

- Apabila kamu berjumpa orang alim hendaklah kamu berkata bahawa mereka lebih baik drp kamu kerana mereka lebih alim dan berilmu berbandingmu




ok... bila bce ayat ni ape pendapat korg? ramai manusia yg slalu salah tentang golongan2 di atas. knape orang zaman sekarang mcm ni ek skrg? hurmmm... tepuk dada tanya iman.. hehe.. cik ct pon sendiri xjupe jawapan nyer... :)

That's all la ari nie... kat sini cik ct nak kongsi sikit lirik lagu yang slalu di telinga cik ct.. lagu dah lmer,tp sje tetiber ase serasi plak.... "Kesempatan Kedua by Tangga".. best.. dengarla... :)


Kini ku sesali
Nyata cintamu kasih
Tak sempat terbaca hatiku
Malah terabai olehku
*
Lelah ku sembunyi
Tutupi maksud hati
Yang justru hidup karenamu
Dan bisa mati tanpamu

Andai saja aku masih punya
Kesempatan kedua
Pasti akan ku hapuskan lukamu
Menjagamu, memberimu segenap cinta
Ku sadari tak selayaknya
Selalu penuh kecewa
Kau lebih pantas bahagia
Bahagia karena cintaku

Kau bawa bersamamu
Sebelah hatiku separuh jiwaku
Yang mampu sempurnakan aku

papai. miss u all.. muah!

Sunday, October 21, 2012

Alang Convocation Day


“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”

Assalamualaikum sumer.... today cik ct bersemngt giler2 nak cter sal convocation alang smlm... bestt nyer sbb mak ngan abah cik ct dtg melaka... setelah 6 minggu kat UTeM,mak ngan abah dtg.... sumer rindu lepas smlm... Tapi ari ni dah rindu balik.. seronok dpt dengar abh nyer lawak yang slalu ada 2... hehehehe... Oh my father,my hero... :) I really miss u abah.. hehe.. 


happy convocation day Alang... :) berkerut2 muka abah sbb panas... hehehe


lepak2 ngan abah kat tepi dewan besar utem... abah punya cerita bnyak sgt bila org2 besar melaka jalan... hehehe... Bekas ATM la katakan.. love u abah.. 

\
ok..!! part ni jgn kata ape la kan... cik ct pon konvo jgak... hehehe.. tradisi famili.. setiap bju konvo kakak2 ct,cik ct pakai kot... Oppsss!!


Abah tiru cik ct buat kepala senget2... hehe.. comel la.. ;P


N the last picture... seronok dapat konvo... mummy ckp 2 taun lg cik ct plak.. kat u yang sme,dewan yang smer,baju yang smer,cuma line baju je lain... sbb alang ngan cik ct lain fakulti kan... huhu... Anggap je la gmbar ni 2 tahun akan dtg... hehehee :P


N lastly,hari2 cik ct sgt bahagia di smping family cik ct.. Alhamdullillah... 

Saturday, October 13, 2012

Syurga 'Ajilah


“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”

Assalamualaikum sumer... Ari ni cy ct nak bercerita sikit pasal syurga 'Ajilah.. ramai yang xtau yang syurga ajilah ni adalah syurga yang telah didahulukan di dunia ni.. Syurga 'Ajilah ni  adalah rumah tangga ataupon perkahwinan.. betulkan cik ct if sy salah ok :) 

Kenapa rumah tangga dipanggil syurga Ajilah ek?? Sbb rumah itu haruslah dibina dengan kasih sayang,mawaddah,sakinah,qanaah redha.. hehehe...Ambik sikit kata2 ulamak kita :- “Carilah syurga ‘Ajilah yang berupa ketenangan hati kerana barangsiapa yang tidak mendapat syurga di dunia lagi, maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat nanti!” .

ok! kdg2 dalam berumah tangga ni ader gado2 sikit kan? it's normal k syg2 sekalian... give n take la k... Antara sabda yang nabi kita Muhammad s.a.w :- “Orang yang baik antara kamu adalah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu.” – Riwayat Tirmizi.

tanggungjawab suami plak :- “Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahar di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah.” – Riwayat Abu Daud.

Berhadapan dengan isteri yang kadang-kadang bermacam ragam juga telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW biasa memegang hidung ‘Aisyah. Jika dia (‘Aisyah) marah, Rasulullah SAW berkata: “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan (yang mengutusi) Muhammad, ampunilah dosa-dosaku dan hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” – Riwayat Ibnu Sunni.

n mcam la cik ct dah bgtau ape yang suami ptt buat.. tp kat mana hak suami 2... hak suami 2 ialah isteri... sbb syurga istri bawah telapak kaki suami... Sesungguhnya kewajipan seorang isteri terhadap suaminya sangat banyak. Yang paling penting adalah menjaga dan menutupi. Rasulullah SAW bersabda:

“Kalau boleh aku perintahkan kepada seseorang agar bersujud kepada seseorang, nescaya aku perintahkan kepada perempuan agar bersujud kepada suaminya kerana betapa besar hak suami kepada isteri.”

Ok thats all from cik ct... :) jupe lg...

Tuesday, October 9, 2012

Bumi Anbia :)

Assalamualaikum sumer... hehe... cik ct nak kongsikan sikit tentang 1 lagu nie... best... try la cri kat youtube... tajuknya bumi anbia... :) n cik ct ade msukkan lirik dia... cuba hayati n pahami... good luck!

Izinkanlah aku bercerita
Sebuah kisah yang telah engkau tahu
Dari kaca TV dan di dada-dada akhbar
Kau sendiri melihat dan mendengarnya bukan?
Penganiayaan datu bangsa terhadap
Satu bangsa yang lain
Begitulah apabila kemanusiaan
Di penghujung kewarasan
Merengkok tubuh mungil
Di atas pasir berbumbung langit
Entah apalah dosanya
Rebah dihinggap peluru yang tak bermata

Berkawat lasykar angkuh
Di balik jentera perisainya
Berselendangkan senjata
Tiada belas nuraga nun dihatinya

( korus )
Dunia bagai pejamkan mata
serta terpasung tangannya
tidak mampu berbuat apa
sedangkan mungkar beraja... oh
(oh mengapa?... ohhh)

( monologue )
Netzarim, Khan Yunis, Gaza, Jenin,
Namlus dan sepanjang tebing barat
Hari demi hari
Lasykar angkuh ini
Terus mengganas mencari mangsanya
Kanak-kanak atau orang tua
Tidak mengapa
Pada mereka sama sahaja!
Mengalir darah merah
Di atas bumi suci Anbia
Laungan Intifada
Bergema membakar semangat perjuangannya

( solo & ulang korus )

( epilogue )
Sampai bila...?
Sampai bilakah penindasan dan
Kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus
Terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan?

Aku sendiri menanti jawapnya...

Saturday, October 6, 2012

"DREAM"


“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”


assaalamualaikum sumer... cik ct nak ckap cik ct suka bunga ni... suka giler2... n impian cik ct nak g bukit larut yang ade ladang bunga tulip nie... oooohh my future husband,boleh x bawak saya g bukit larut?? hahhaa :P berangan sudaaaaa.... jom tgok gmbar je la... 


Friday, October 5, 2012

Rumah Allah :')


“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”

Assalamualaikum sumer... today topic pasal Rumah Allah.. Cik ct tau ramai yang tgok Adam Hawa kat Astro kan?? emmm,klu xde astro pon mesti tgok kat internet kan... hehhe... i'm da one person from dat group.. hehehe... Bila korang tgok ape yang korang rase ek? Kongsi la ngan cik ct... bcoz today,cik ct nak share sikit perasaan cik ct bila tgok cter 2... xkisah la Adam Hawa ke Kau Yang Terindah ke asalkan ada babak kat Tanah suci Mekah @ Madinah Al-Munawwwarah,cik ct mesti rase lain... Ya Allah... xterkata bila tgok dalam filem... smpai bawak mimpi... hehe... 

Mekah ngan Madinah la tempat yang pling ssuai untuk kita dekatkan diri kita dgn pencipta kita,Allah s.w.t. Sbb ape??? Keindahan tempat tu sendiri... Mummy slalu ckp ngan cik ct yang klu org sakit pergi buat haji,dia akan jadi kuat walaupon dia... tgok?? punya barakah tempat tu... Ya Allah... cepatkanlah perjalanan cik ct kat sana... cik ct mmg teringin nak g sne... n what i want to share to u all,cik ct dah mendaftar.. hehe.. xsabar nak g.. tp duit xcukup la... hehe.. juz daftar je dulu.. yang penting cik ct dapat tarikh untuk cik ct pergi 2 bila... duit boleh cari bila2 masa... persaingan kuat skrg bila nak g mekah skrg... :)

BTW,last night semalam kitorang ada kan bacaan tahlil untuk Ibu & Ayah sabahat kitorg  yang baru meninggal... Alhamdulliah majlis berjalan dengan lancar... cik ct xpham mcm mner perasaan kehilangan ayah dan ibu tercinta,tp cik ct try untuk selami perasaan kwn2 cik ct 2... Alhamdullillah... Cik ct doakan mummy n abah panjang umur... i miss u so much mummy... 


last night picture :) 
and i hope ukhuwah kita akan berkekalan... 
ukhuwah fillah abadan abada.. 


Saturday, September 29, 2012

Persahabatan :)

“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”

Assalamualaikum sumer... ari ni cik ct nak update sikit sikit pasal kematian... Pemergian ayahanda kawan baik cik ct, syazwani ramli... emm,smer2 la kita doakan ayah beliau ditempatkan di tempat org2 yang beriman... lgpon,ayah beliau meninggal pada penghulu hari iaitu jumaat.. sedih x terkata when cik ct ckp tekefon dgn dier tgh hari td... cik ct xtau cm ner nak ckp bcoz ct ct belum pernah rase lg perasaan kehilangan org yang pling kita syg... I'm sorry nanie... sbb aku xde bersama ko masa ko ssh... I'm sorry... i mean it syg... i hope ko akan terima takdir ni dgn sepenuh hati... 

Berita yang bakal cik ct after this,myb kwn baik cik ct ni akan meninggalkan kami sahabat2 untuk ikut mak dia g oversea.. sedih nyer x terkata... dialah sahabat cik ct yang pling cik ct rapat sepanjang ada kat UTeM ni... Ya Allah,ko yg mennetukan sgala nyer... Berikanllah penyelesaian yang terbaik buat kami... To u Nur syazwani ramli, i love u soooo much wherever u go... 


1st semester... :)


before AI final exam at dewan besar.. hehe... sempat lg kan?? :)


n this is my friends.. ever.. n ever... sahabat selamanya.. muah!! love u all 

Friday, September 28, 2012

Pengalaman :)

“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”

Assalamualaikum sumer... dah lamer ci ct x update blog cik ct ni kan.. hehe.. biase la... skrg sumer pelajar degree sibuk dgn first new semester kan.. heheh... Alhamdullilah.. dah 3 minggu cik ct mendaftar sebagai pelajar tahun 2 kos kepintaran pembuatan ni... n Alhamdullillah... cik ct masih di sini... hehe... Arini ct ct nak bercakap sikit pasal pengalaman... Bila cik ct dah smbung belajar balik,cik ct teringat kenangan2 masa cik ct bekerja dulu... itulah kenangan n pengalaman yang cik ct xkan lupa smpai bila2 walaupon 2 adalah tempat ke 3 cik ct pernah bekerja... hehe.. knape? bnyak rahsia nyer... drpd sekecik2 kuman smpai sebesar2 nye langit nie.. bnyak yang kita boleh pelajarim dgn melihat gelagat manusia je kan... Alhamdullilah dikurniakan sepasang mata untuk melihat dan mempelajari... That's all... malas nak tulis bnyak2.. jom kita tgok je la gm bar2 nyer,,,,
Ni mesin eyelet... 1-2 minggu cik ct kna handle mesin nie... pekak la telinga... :P


ok... ni adik yang keje skali ngan cik ct.. cik ct kagum ngan dia.. dia belajar dalam kos farmasi tp masih mampu dtg bekerja bila dia cuti sebulan... mmg kagum... low profil gitu :P

another 1 mesin yang paling cik ct syg... mesin hamming... klu kna tagn ni mau putus ni.. hahaha.. tp,hati2 la semasa bekerja.. haha.. bnyak pengalaman ngan mesin ni ni tp alhamdullillah cik ct masih selamat dan sempurna fizikal.. hehe


saje selitkan gmbar ni abb ari ni ari ni ari jumaat... cuba teliti makna ayat 2.. sekian :)



Saturday, September 22, 2012

Manusia

Manusia ni ada mcm2 perangai.... aihhh... Duhai hati,bersabarlah... :(

Manusia

Manusia ni ada mcm2 perangai.... aihhh... Duhai hati,bersabarlah... :(

Saturday, August 4, 2012

Pengakhiran Hidup


“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”
Assalamualaikum all... hehe.. Ari ni cik ct ingat nak berceloteh sikit pasal cerita “AMEERA”.. Korang tgok x? Emmm... agak sedih la pengakhiran nya... cik ct xpernah tgok cter 2,tapi bila episode last cik ct terasa mcm nak tgok sbb kakak cik ct minat sgt citer 2... hehe.. Well... my komen tentang cerita tu... Best giler citer nyer,tapi pengakhiran tu mengingatkan cik ct tentang takdir... x sume manusia akan mengakhiri hidup nya dengan gembira kan... For example la kan.. contoh cerita AMEERA 2, pengakhiran nya suami yang sgt dia cintai mati kna tembak... n kenangan2 hidup dia bersama suami dia... sgt romantic suami dia... so, we as a MUSLIM... why not kita berdoa... dalam doa kita 2,kita add up skali tentang pengakhiran hidup... mintak kita habiskan hidup kita dengan perkara2 yang diredhai Allah kan.. huhu... dat’s why la pengakhiran doa slalu ada ayat ni...

“Rabbana Atinna Fit Dunia Khasanah,Wa Fil Aaa Hiratillah Khasanah, Wa Qinnah aza Banna”

Cik ct xpasti la ayat cik ct tulis betol ke x... tapi bunyi nya hampir sama right?? Hehe**cover**.. InsyaAllah... tggu la nnti cik ct pakai lappy yang boleh tulis jawi.. snng ckit.. hehe... Ape2 pon... cik ct doakan sumer org dpt pengakhiran hidup yang bahagia termasuk la cik ct.... Aminnn... Dat’s All.. Papai... J

Kehidupan & Kematian


“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”
Assalamualaikum sumer... dah lamer cik ct x update blog cik ct ni kan.. biase la.. hidup sebagai student ni mmg bz sikit... bila balik bercuti,dah xingat ape dah.. online pon sebulan skali... n ari ni cerita ci ct berkisar tentang kehidupan & kematian... Sebelum tu, cik ct nak ucapkan takziah untuk kawan sekelas cik ct yang kematian ibu dier... Inallillah... cik ct doakan semoga roh ibu nya dicucuri rahmat & ditempatkan dgn golongan yang beriman... Aminnn... Ikhlas dri cik ct... cik ct xtau rase mcm mner hilang seorang ibu.... cik ct doakan ibu cik ct panjang umur... Aminnn.. **tiber2 kan**
Ok .... dat’s all tentang kematian... yang hidup ttp akan menemui mati.. Normal la tu kan... tentang kehidupan plak... Ari ni,keje cik ct asyik belek 1 buku nie... buku “3000 Pilihan & Panduan Nama-Nama Islam”.. hehe.. xtau nape... best plak tgok nama2 dalam ni... n cik ct tertarik la dgn bnyak nama ni.. Antara nya... “Zuhdi”.. sedap maksd dier... maksd nyer kebencianku kepada dunia dan kegemaranku kepada akhirat kerana beribadat. Emmmm,bolehla cik ct guna nnti... dulu time sekolah agama,ade la senior nama Zuhdi ni... Alhamdullilah... watak mengambarkan nama.. dier mmg bgus... hahaha... Selain tu, “Lutfil Hadi” maksd Taufiq Tuhan yang hadi.. emm.. menarik jgak ni.. xpernah lg dengar org letak nama ni kan.. selak punya selak... jumpe la nama fevered cik ct.. IMAN.. mmg suka nama ni dri cik ct kecik lg... maksd nyer Yakin... hahahah haruslah yakin... Bnyak jgak nama yang sedap2 dgn maksd yang baik2 bermula dri huruf I ni... Antara nya, “Intisar-Kemenangan”, “Imtiyaz-Pilihan”, “Ihtisam- Kehebatan” n banyak lg la... N kepada golongan2 yang bakal menimang cahaya mata 2,cik ct harap korg letak nama anak korg yang mempunyai maksd yang bgus... InsyaAllah dgn kita pgil nama anak kita tu dgn maksd yang baik,dia akan jdi seperti maksd nama yang diberikan tu... hehehe...
Cik nak selitkan sikit ucapan TAHNIAH cik ct untuk kakak cik ct yang baru bekahwin... Barakalllah ye Alang n Abg Khairil.... huhu... Lepas ni turn cik ct plak..  **Gatal**.. J... Bye sumer... Assalamualaikum....
                                                                                                                                

Penderma Organ :)


“Wahai tuhan yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, dan izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah...”
Assalamualaikum all.... Arini cik ct nk berkongsi pndapat sikit tentang mendaftar menjadi penderma organ... Dulu masa cik ct kat matrikulasi,cik ct pernah mendaftar sebagai salah seorang ahli penderma organ...  Cik ct ase mse 2, tu je cik ct mampu buat pahala bila cik ct mati nanti.. biar organ yang cik ct bg nnti berguna kepada yang memerlukan nya la... Tp,ader “orang2” la kan bgtau cik ct yang menderma organ adalah HARAM.. Why ek?? Jawab diorang sbb bila kita dah mati nnti,jasad kita milik ALLAH.. OK... cik ct boleh terima jawapan 2.. N cik ct dah tetap ngan konsep yang bru menderma adalah HARAM.. BUT.. Bila cik ct tgok cerita “Dejavu Di Kinabalu”,they said can... so how ni?? Cik ct dah pon mendaftar sebagai penderma organ dahulu kala... Hurmmm... ape nak buat ni... Xpe... Hanya Allah jer yang paham niat cik ct 2... Biarlah Allah yang tetapkan sumer nya kan... Dgr manusia ni,mcm2 la diorg... Tp if u all sumer ader little bit explanation tentang derma organ ni,kongsi la sikit ngan cik ct keyh.. J
Nak selit sikit... Cik ct suka la tgok citer “Dejavu di Kinabalu” 2.. Ntahla.. kdg2 boring,kdg2 best plak... betol ke bila kita bg jantung perasaan 2 akan samer?? Nak percaya mcm ssh.. hehe.. Tapi comel kan klu jdi mcm 2... hehe... **dah mula nak berangan**.. OK! Stop it!! Hehe.. Nanti melampau2... haha.. emm... Cik ct suka sgt lagu butterfly dri 1st lgu 2 kuar lg... hahah.. comel kan lagu... Antara ayat2 yang cik ct suka dlam lagu 2,ayat depan2 skali la... “Ketika waktu mendatangkan cinta, aku putuskan memilih dirimu”.. lalalala... n so on la... hehe.. Balik keje je terpacak tgok tv... Hilang penat keje sekejap la... hehe.. Ok la.. cik ct nak rehat2 ape... ape yang cik mampu ckpkan,slagi kita diberi peluang untuk blajar 2,blajarlah.. sbb bila kita dah masuk alam pekerjaan,kita akan rindukan saat2 blajar... Aisehhhh ayat cik ct xbleyh blah kan.. hahaha... keje part time je time cuti 2 bulan ni,dah buat ayat mcm dah keje untuk slama2 nya plak.. hehe.. Ok la sumer... Cik ct doakan korang sumer sentiase dalam rahmat Allah.. Aminnnn.... Papai.. J

Sunday, May 20, 2012

~~Layar Keinsafan~~

"Ya Allah Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini & izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah"

Assalamualaikum sumer.... Hai... Hari ini cik ct rase lain sgt... Cik ct terpikir tentang "Hijrah"... ++ plak dengar lagu " Mestica- Layar Keinsafan"... Tiber2 hati ini terdetik maner diri cik ct yang lamer... Maner diri cik ct yang kat matrik dulu.... Cik ct dah bnyak berubah... Dah jauh sgt dengan Maha Pencipta... Solat still dengan 5 waktu, tapi cik ct dah kurang bce mathurat.... bace al-Quran... Maner pergi nyer Ayat2 Al-Quran yang pernah cik ct hafal time kat Maahad Mahmud dulu? Maner diri cik ct time Maahad dulu? Maner?? Takut nyer Ya Allah... dah tersasar jauh dah cik ct ni.... Maner diri cik ct yang slalu nasihat menasihati 1 sama lain... Mana diri cik ct yang sembahyang berjemaah bersama sahabat2?

Faktor kawan ke? BUKAN..!! ini sebab cik ct sendiri... cik sendiri x bnyak memperhambakan diri cik ct dengan Allah... Bila dengar lagu "Layar Keinsafan " ni berulang, hati cik ct terdetik bnyak benda... lg2 ayat lagu nie... 


"Berikanlah ku Hidayah,agar dikuatkan iman yang lemah"

Takut nyer bila pikir.... Takut kalau mati dalam keadaan yang serba x cukup.... hati cik ct terdetik bila rakan seperjuangan cik ct time matrik dulu ajak cik ct pkai stokin balik mcm maner cik ct dulu... Dia tau bukan snng kita nak berubah balik kepada yang lamer, tapi slow2 ok kan... bukan ssh sumer... Niat kita yang penting... N cik ct mmg sgt2 terasa dengan seorang hamba Allah ni... Mmg netul pon ayat dia... Maner diri cik ct mse dalam maahad dulu?? woow... pedas.... Tapi,bila cik ct pikir2kan ... cik ct mula sedar yang betul ape yang dier ckap 2... Buat ape kita mendalami ilmu agama,tp kita x amalkan... Cik ct tau ini boleh, ini x boleh... Tapi cik ct buat jgak... 

Ya Allah.. maafkanlah hamba mu yang kerdil ni... Takut nyer.... Takut sgt... Ni ade sikit cebisan lagu "Layar keinsafan".. cik ct xtau nape lagu ni bg impak yang sgt besar kat diri cik ct... hayati lah betol lirik lgu ni...

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

samer2 la kita berubah ye sahabat... yang xbaik kita tinggalkan... InsyaAllah... Allah akan sentiase bersama kita... Aminnn... Doakan cik ct....